Sunday, 1 March 2009

Acara Penutup Sukan Snowbard Tahun Ini

"Sprechen Sie Deutsch?". "Nein, Ich spreche einbischen Deutsch, aber Ich spreche nur Anglisch und Malaisich" jawab ku. Pembantu Nortruf 144 berkata dan bertanya lagi, "Okay, I'll speak english. Where are you from?". "Malaysia" jawabku, pendek. "Ah ha.., my parents are from Egypt". Aku rasa, dia rakyat Swiss berketurunan Mesir dan mungkin dia jangka aku orang Islam, kerana melihat ada perkataan BIN pada nama penuh aku.

"I will give you a type of drug, which make you feel relax, but if you have a bad dream, do not worry, because I will be here to take care of you". "From 1 to 10, what is the scale of your pain?", tanyanya lagi. Aku jawap 5, "From my scale, it's 7. But some people are very afraid, and they might say 10. Are you sure it's 5?", Aku jawab 5 dan pasti. "You are very brave". Itulah ayat-ayat diplomasi untk menenangkan fikiran dan mungkin budaya mereka yang amat prihatin untuk pesakit.

"Your age and weight, please", aku ditanya lagi. "46 and 62kg". Lalu dia berkata lagi sebelum aku hilang, menghayal kira-kira 55 minit selepas itu. "I'm going to give a dose of pain killer and a dose of drug to make you a little bit dizzy. This drug is a little expensive than those who get it from the Bahnhof Center".

Aku terbaring dalam van Nortruf 144 sambil melihat imej-imej yang bermain di mata. Nampak imej diluar dan berlapis-lapis. Rasa sungguh tenang. "But don't forget to keep on breathing", tambahnya lagi.

Apabila hampir tiba ke destinasi, aku terlihat papan tanda kota Bern. Aku mulai sedar sedikit demi sedikit, tetapi masih lalok. "Are you okay, is it better?. Any bad dreams?". Aku jawab "Yes, I'm okay, the pain is not too bad and no bad dreams."

Apabila tiba, Pembantu Nortruf berkata, "Okay Ramli, in my parents place, they'll say Assalamualaikum, have a nice day!", "alaikum salam and thank you", balasku.

Aku disambut dan dipindahkan ke dalam satu kamar. Baju aku dibuka dengan gunting. Kasut aku cuba ditanggal tetapi tidak berjaya, Lalu datang seorang pembantu lain, "Ahhh.... Snowboarder again". Kali ini, kasut aku berjaya ditanggalkan. Diikuti dengan seluar, kecuali seluar dalam yang jenis panjang.

Aku di Xray. 30 minit kemudian, doktor pun tiba dengan salinan Xray. Tulang Hemurus kamu patah. Kami tidak menjalankan sebarang operasi, tetapi menggunakan kaedah pemasangan Gibs (simen). Kamu akan datang lagi pada 11.03.2009 jam 1330 untuk xray dan lihat kemajuannya.

Aku bertanya mengapa tidak ada operasi pemasangan plate seperti rawatan biasa apabila orang dewasa mengalami patah tulang. Jawaban yang diberikan, kerana terdapat otot dan saraf dibahagian tulang itu.

Aku bertanya lagi samada aku akan boleh bermain snowboard pada masa akan datang. Jawabnya sambil ketawa, boleh tetapi tahun depan dan jangan patah apa-apa lagi.

Aku ketawa bersama. Lega ..... Alhamdulillah!!


1 comment:

Anonymous said...

Semoga cepat sembuh..