DST atau dikenali dengan nama Daylight Saving Time.Bagi negara-negara hemisfera utara, akan mengalami hari siang yang pendek, manakala malam akan menjadi panjang. Rasionalnya ?. Memaksimumkan penggunaan matahari di waktu siang.
Pada 25 Oktober 2009. Beberapa hari yang lalu, masa telah diawalkan selama 1 jam. Apabila jarum jam menunjukkan pukul 12 malam, maka diawalkan menjadi jam 11 malam.
Waktu Syuruk kini menjadi jam 7.05 pagi dan Maghrib jam 5.27 malam. Isyak ?, lebih cepat lagi 6.52 malam.
Kesan ke atas biologi ?.
Saya tidak merasa apa-apa kesan di waktu pagi.
Kesan akan terasa sewaktu petang iaitu pada kebiasaannya, semasa pulang dari pejabat, kita dapat melihat matahari dan dapat merasai suasana petang.
Sekarang tidak lagi.
Bila pulang, hari sudah mula gelap. Biasanya kita akan berjalan-jalan dan mengambil angin petang, tetapi dengan DST, kita akan terus pulang ke rumah dan apabila tiba di rumah, kita akan mula pasang lampu.
Apabila bosan dengan pemandangan yang gelap, kita ambil keputusan untuk tidur, sedangkan jam baru pukul 7.30 malam.Oleh yang demikian, peratusan penghidap penyakit kemurungan akan bertambah. Ada yang mengambil langkah drastik dengan melakukan terjun bebas (Bunuh diri).
Bagi saya, saya akan bersiar-siar di kota, window shopping dan melihat suasana malam.
Aktiviti ini berjalan sehingga jam 10 malam. Pulang, masa untuk tidur.
No comments:
Post a Comment