Friday, 14 January 2011

Akaun Rahsia ?


Cerita tentang kerahsiaan private bank.

Ramai yang bertanya. Apakah benar ada akaun rahsia di negara ini?.

Saya bukanlah penyiasat yang ingin menyiasat akaun-akaun yang ada di sini. Melihat peraturan dan pindaan undang-undang perbankan pun malas sekali.

Apa yang saya paparkan disini hanyalah sekadar apa yang saya tanya, dengar, lihat dan fikir sendiri.

Semua data akaun yang tersimpan di negara ini adalah RAHSIA. Lokasi banknya pula, ada yang tersorok di celah-celah bangunan, apatah lagi kalau nama bank.

Bergantung kepada jenis private bank, tahap rahsianya pula adalah tahap tertinggi. Terlampau tinggi. Hinggakan butiran penyimpan akaun pun tiada yang bernama. Hanya nombor.

Bagaimana pula jika pemilik akaun rahsia itu mati?. Senarionya macam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Satu untuk engkau, satu untuk aku. Dua untuk engkau, dua untuk aku.

Mereka akan menggunakan kaedah faraid selepas beberapa tahun, tapi bukan untuk ahli keluarga. Mungkin 8 tahun?, tak pasti pula.

Pembahagian faraid mengikut kaedah mereka, sebahagian untuk Penguasa Tempatan (Gemeinde), sebahagian untuk Bank, sebahagian untuk Kerajaan Negeri dan bakinya pula kepunyaan Kerajaan Pusat.

Khabar-khabar angin yang tidak tahu kebenaran cerita ini, tentang bagaimana pemimpin utama dari Asean yang meninggal dunia, wang mereka yang disimpan di sini, hilang begitu sahaja.

Samalah juga dengan keadaan pendeposit-pendeposit yahudi yang kaya raya sebelum zaman peperangan dahulu. Selepas berakhirnya zaman peperangan, ada yang hilang nyawa, hilang keluarga dan hilang harta-benda tetapi PBTnya pula seperti orang mendapat harta karun.

Sekian, coretan tentang akaun rahsia.

Ich weiss es nicht!!

No comments: