Tuesday, 18 November 2008

JetLag


Jangan reload page ini, kerana memang sudah lama tidak dikemaskini.

Seperti yang telah dijangka. Jetlag mengambil masa selama 5 hari. Saya tidur jam 5 pagi bangun jam 9 pagi, kerana kebisingan anak-anak menyebabkan saya terjaga awal. Ini melambatkan proses adaptasi waktu MY.

Sehingga kini saya telah menyempurnakan hajat saya untuk makan KFC dan Satay Hj. Samuri. Masih ada beberapa list yang masih belum lagi. Tiada kesempatan.

Sudah 10 hari berlalu, masih ada 4 hari lagi untuk bersantai bersama anak-anak. Minggu hadapan saya akan menuju ke Selatan. Kemudian ke Utara. Untuk menziarahi teman-teman lama.

Kerana selepas ini, saya akan pulang dalam bulan Mei atau Jun tahun hadapan. Mata sudah mengantuk. Jam sudah pukul 3.30 pagi.

No comments: