11 Nov 2008, jam 8.00 malam. Aku meninggalkan rumah untuk meneruskan tugasku di perantauan. Terasa berat kaki untuk melangkah pergi, namun anak-anak ku, Aiman dan Noraina, mereka seperti tiada masalah kerana mereka tahu yang mereka akan ke tempat aku pada tahun 2009 nanti.
Lagi seorang anakku, Akmal mungkin trauma sedikit, kerana sehingga aku melangkah keluar, dia masih enggan melepaskan aku pergi. Terpaksalah aku menabur janji seperti seorang wakil rakyat untuk meraih undi. Setelah beberapa hari aku di Swiss, isteriku memberitah, apabila dia menanyakan dimana abahnya, Akmal akan menjawab, "Abah pergi Giant, belum balik lagi". Pilu juga rasa dihati.
Kini sudah seminggu, Akmal sudah kembali seperti biasa. Tapi setiap malam, jam 12 tengah malam, aku menalifon dia dan bertanyakan aktiviti hariannya. Setiap kali sebelum meletakkan talipon, aku akan menyuruhnya menyanyikan 2 lagu kegemarannya. lagu Bangun Pagi untuk dirinya dan Twinkle-Twinkle Little Star untuk aku, kerana aku akan tidur selepas dengar nyanyian dia.Berapa lama lagi, harus aku disini. Aku pun tidak tahu.....
No comments:
Post a Comment