Ada orang bertanya kepada saya. Yang mana lebih mudah Ski atau Snowboard?
Apabila memasang Ski, ia akan terus mengelongsor. Berlainan dengan Snowboard. Kita boleh memasang snowboard walaupun di cerun yang tinggi tanpa mengelonsor.
Saya pilih snowboard. Pilihan saya tidak mengecewakan saya. Saya sudah boleh bermain snowboard pada hari ke 2. Dan di atas trek yang curam !
Di antara trek yang terkenal ialah di Zweisimmen. Dengan bayaran CHF7 (harga diskaun kerana saya ada GA) untuk sehala.
Dari Eggweid (middle station) ke Zweisimmen (base station), turun dengan snowboard, saya mengambil masa diantara 5 hingga 7 minit. Terasa sungguh hebat!!
Hakikatnya, saya masih belum bersedia untuk trek ini.
No comments:
Post a Comment