Monday, 16 February 2009

Snowboard!


Saya bilih snowboard!!.

Hari 1. Bilangan jatuh?, seperti jatuhan pin di bowling center. Saya bermula dari kosong. Ikat kasut sebelah kanan. Berdiri dan jatuh. Saya telah diajar bagaimana untuk jatuh. Pastikan jatuh kebelakang dan terus baring. Pantang larang?. Jangan jatuh kehadapan, dan jangan teragak-agak untuk jatuhkan badan.

Pada sebelah petang, saya sudah boleh menguasaai kaedah "Heel Side", dan kaedah "Toe Side". Begitulah untuk hari pertama.

Hari 2. Belajar menggunakan skilift. Ia bertali dan berbentuk pinggan kecil. Saya perlu menyauk dan letak di celah peha, dan biarkan ia menarik saya keatas. Kaki kanan diikat pada board manakala kaki kiri tidak. Cuma diletak di belakang kaki kanan.

Jatuhan?, sama seperti hari pertama. Adakala menyasar ke luar trek. Selepas itu, saya boleh menjejak hingga ke End Station.

No comments: