
Ahad, jam 12 tengahari. Tiada agenda hari ini. Tahap kebosanan sudah meningkat. Musim bunga di Bern, amat menarik tapi saya masih duduk melengong di rumah.
Saya teringat pada satu tempat di Belp, tempat itu bernama Munsingen. Ada laluan denai di pinggiran sungai Aare yang belum saya teroka lagi. Tempat itu memang menarik, amat menarik.
Masyarakat Swiss amat perihatin dengan keadaan alam sekitar. Kebersihan sungai amat dipelihara. Sehingga kini, banyak sungai yang saya perhatikan, tiada dapat sebuntil sampah domestik mahupun botol-botol plastik di dalamnya.
Suhu amat menyegarkan, pada sekitar 12 hingga 17c, sama seperti di Cameron Highland yang pernah saya lawati semasa tahun 1980an. Sekarang tak tahu lagi. Mungkin sudah meningkat kot!

Latarbelakang, kelihatan banjaran Alps.
Bukan bunga biasa, bunga yang tumbuh meliar di rumput

Saya teringat pada satu tempat di Belp, tempat itu bernama Munsingen. Ada laluan denai di pinggiran sungai Aare yang belum saya teroka lagi. Tempat itu memang menarik, amat menarik.
Masyarakat Swiss amat perihatin dengan keadaan alam sekitar. Kebersihan sungai amat dipelihara. Sehingga kini, banyak sungai yang saya perhatikan, tiada dapat sebuntil sampah domestik mahupun botol-botol plastik di dalamnya.Suhu amat menyegarkan, pada sekitar 12 hingga 17c, sama seperti di Cameron Highland yang pernah saya lawati semasa tahun 1980an. Sekarang tak tahu lagi. Mungkin sudah meningkat kot!

Latarbelakang, kelihatan banjaran Alps.
Bukan bunga biasa, bunga yang tumbuh meliar di rumput
2 comments:
tak de sebuntil sampah pun ek...cuba kalau kat Malaysia...kat situ tempat beriadah ..ket situ jugaklah dibuangnya sampah
memang cantik sungai tu..cantik dari Sungai Gombak & Sungai Kelang...
Post a Comment