Monday, 11 May 2009

New Energy - SOLAR


Tenaga Switzerland dijana dari hidro sebanyak 50%, Nuklear 40% manakala baki 10% adalah dari Solar dan Angin.

Solar
Pusat pengumpulan solar terletak di kawasan banjaran tanah tinggi bernama Jura, iaitu kira-kira 1 jam 30 minit masa perjalanan dari kota Bern. Kawasan ini mencecah ketinggian 1200m dari paras laut dan mempunyai keluasan kira-kira 2 setengah padang bola.

Di kota Bern pula, pusat pengumpulan solar terletak di atas bumbung stadium padang bola.

Di puncak gunung JungfrauJoch, hasil cerapan tenaga solar yang dihasilkan adalah lebih tinggi. Ini adalah kerana kurangnya lapisan awan sedangkan di tanah tinggi terlindung kerana awan, sudut matahari dan debunga. Cerapan musim dingin pula tidak memuaskan.


Pusat ini diuruskan oleh BKW FMB Energie AG, pembekal tenaga utama dan disertai oleh beberapa korporat kecil yang terlibat dalam produksi silicon dan photovoltic. Terdapat juga kerjasama dari universiti-universiti tempatan dimana pelajar-pelajar menyertai membuat kajian di pusat ini.

Terdapat beberapa contoh sel yang diuji. Penyumbang ujikaji adalah dari Amerika, Perancis dan beberapa negara lain. Terdapat juga sel yang dikeluarkan dari Filipina.

Sesi penerangan pula telah diadakan didalam kabin. Terasa macam dalam kelas pula.

Ada juga individu yang telah memasang solar sel untuk kegunaan mereka sendiri. Mereka juga turut menjual tenaga lebihan ini kepada pembekal.

Pusat pengumpulan solar ini dapat menghasilkan kira-kira 600,000 kW setahun. Walau bagaimanapun hasil cerapan hanyalah pada kadar 24%.

Mana tahu, mungkin pada masa hadapan, akan ada jaket yang dilengkapi dengan FLEXCELL, dimana pemakainya akan dapat mengecas telefon bimbit atau dapat memanaskan badan ketika musim dingin.

Di Malaysia ?. Walaupun matahari bersinar sepanjang tahun, masihkah tiada ura-ura untuk menceburi bidang tenaga baru ini?.

Ich weiss es nicht !

No comments: