Tuesday, 11 August 2009

Buskers Bern


Buskers Bern?, nama macam glamour. Oohh.. pesta musik jalanan. Ia diadakan selama 3 hari bermula pada 6 hingga 8 Ogos. Bermula jam 2 petang hingga larut malam, kira-kira 1230.

Tempatnya di Altstadt (Old Town), bersebelahan gereja tua, ada sebuah taman permainan. Kebanyakkan pengunjung taman ini hanyalah Auslander (orang luar), manakala orang tempatan kurang mengunjungi tempat ini.

Pada hari tersebut, terdapat beberapa pentas untuk ahli musik, pelawak dan untuk kanak-kanak, disediakan peralatan permainan. Percuma !.


Dimuatkan foto-foto, bukan dari kamera saya, tapi saya cilok dari sebuah website.


Bagi sesiapa yang ingin melihat koleksi foto-foto ini laman webnya http://www.buskersbern.ch/en/info

No comments: