
Diam tak diam, sudah tiga tahun aku di sini. Setiap tahun juga, Puan Hazizah Zingg akan mengadakan juadah makan siang di kediamanya, Roggwill, Langenthal iaitu kira-kira setengah jam dari Kota Bern.
Kediaman beliau, jika dilihat dari mata kasar, berupa rumah kotak dan mempunyai dua tingkat, tetapi sebenarnya tiga tingkat, kerana terdapat satu tingkat dibawah tanah. Tempat cucian kering, tempat jemuran dan stor. Ia mengikut spesifikasi Swiss, yang mensyaratkan unit bawah tanah sebagai persediaan tempat perlindungan semasa era perang dingin.Beliau mempunyai kawasan laman di sekeliling rumah. Terutama di bahagian belakang. Terdapat barisan tanaman bunga-bunga yang cantik lagi menarik. Manakala pohon epal, pir dan anggur juga terdapat di situ.
Juadah yang disediakan adalah berupa masakan melayu. Hilang juga rasa ketagihan untuk merasa rendang daging, mee kari dan kuih-muih tradisional. Maaf saya tak ingat nama-nama kuih.Tak sedar, hampir empat jam aku disitu. Lihat jam baru pukul 6.30 petang, tapi cahaya matahari seolah-olah baru jam 4 petang. Penghujung musim panas, watu petang terasa amat panjang. Asar jam 5.45 manakala Maghrib jam 8.45 malam.
Sampai sekarang, aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Kalau di Malaysia, lihat condong matahari sudah tahu jam pukul berapa. Tapi tidak disini.Aku dibekalkan dengan bebeapa biji buah pir. Epal belum lagi masak
No comments:
Post a Comment