Thursday, 19 November 2009

Petang/Malam


Petang atau malam?. Anak-anak aku dah mati kutu. Masing-masing mencari tilam, bantal dan selimut.

Aku menyuruh mereka melihat jam. Hah!! baru pukul 6.44 petang. Tapi di luar jendela, hari dah gelap. Macam pukul 9 malam. Ini tak boleh jadi, kalau buatnya mereka tidur jam 7, nanti pukul berapa pula mereka bangun.

Apa lagi, aku suruh mereka salin dan pakai pakaian tebal, dan bawa mereka bersiar-siar naik bas dan tram. Jalan-jalan di kota Bern, waktu masih petang walaupun matahari dah lama terbenam.

Kesian juga lihat mereka, kedinginan. Mulut sorang-sorang berasap-asap macam naga kelaparan. Mereka hanya boleh bertahan selama 1 jam, lepas tu semua mau pulang kerana malam dah gelap dan tak tahan dingin.

Sampai di rumah, tengok jam. Laaaa..... baru pukul 8 malam. Tahun lepas mereka datang juga tapi masa tu musim panas. Jam 10 malam tak tidur lagi. Kerana malam masih terang. Matahari petang dan masih terang.

2 comments:

Azman Bin Sulaiman said...

So cuti ni anak bini melawat lagi...Alhamdulillah, walau sejuk manapun tentu gembira disamping ayah bonda...so Raya Haji sambut di Berne nampaknya...

che mat said...

Ya, sambut raya di Berne. Tak terasa kemeriahan. Selepas solat sunat raya, hari berlalu macam hari-hari biasa.