Tuesday, 1 December 2009

Snow !!


Semalam anak-anak berdiri di jendela. Sambil berbual-bual sesama mereka.

Aku tak dapat tangkap apa yang dibicarakan, kerana masih belum jaga sepenuhnya. Suara mereka riuh rendah. Rupa-rupanya hujan salju!!.

Inilah kali pertama mereka lihat secara langsung. Kalau sebelum itu, mereka hanya menonton di kaca TV. Kali ini, mereka dapat melihat.

Aku bingkas bangun dan menyuruh anak-anak aku bersiap mengenakan baju tebal. Berlari semuanya ke arah pintu dan menyarung ke badan masing-masing.

Aku tersenyum sendiri. Mereka beruntung kerana kecil-kecil lagi dah merasa keadaan ini. Sedangkan aku perlu mengambil masa 46 tahun untuk mendapatkan perasaan seperti mereka.

Ich weiss es nicht......

1 comment:

santalia said...

Masa aku kecil-kecil dulu bila hujan turun a[a lagi sarung seluar pendek berlari main hujan dengan adik beradik. Masuk rumah je 2 das sorang emak bagi.