Monday, 8 March 2010

Gruyere, Keju


Kali ini tentang Keju. Keju keluaran Gruyere, memang terkenal di Swiss. Kalau di negara lain, saya tidak tahu. Lawatan ke kilang pembuatan keju diadakan pada hari Ahad jam 10 pagi. Tiket yang dikenakan sebanyak CHF6.


Anda dibekalkan dengan sejenis alat berbentuk remote control. Apabila tiba ditempat bertanda 1, anda perlu tekan butang 1, dan bermulalah lawatan secara auto-pilot.


Keju yang terdapat di Malaysia adalah dari keluaran New Zealand. Kalau dari Swiss, harga akan menjadi mahal. Selain dari kos pertukaran matawang, kos pengangkutan juga perlu di kira.


Untuk menghasilkan 1kg keju, sebanyak 12liter susu diperlukan. Susu dituang kedalam kawah, dicampur dengan renet iaitu sejenis enzim yang terdapat didalam perut lembu.


Susu dikacau hingga sebati dengan suhu lebihkurang 50c. Sesudah itu dituang kedalam bekas dan dimampatkan.


Baca wiki tentang keju di Gruyere. Ada beberapa imej saya paparkan disini.


Bila dah pegang keju, dan cuba cium tangan yang pegang keju tadi. Baunya hancing seperti kencing kucing....!!

Foto berikutnya klik disini

No comments: