Pertanyaan selalu datang, berhargakah passport Malaysia ?.
Kerapkali pelancong dari Malaysia akan melaporkan kehilangan barangan peribadi mereka seperti dompet, komputer, wang dan paspot.
Kes 1.
Si suami, keluar dari Airport Zurich, mendakap anaknya dan meninggalkan beg yang berisi paspot di atas troli. Sekelip mata, begnya disambar. Paspot hilang berserta duit dan dompet.
Kes 2.
Seorang pelancong, duduk di atas kerusi di dalam keretapi dari Airport ke Zurich. Beg berisi komputer dan paspot diletak disebelahnya. Seorang laki-laki datang. Sambil merungut-rungut dan memberitahu beg beliau harus diletakan diatas ruang bagasi. Laki-laki tersebut mengalihkan beg komputer, dan meletakkan beg tersebut diatas ruangan bagasi. Beliau meletakan jaketnya berhampiran beg tersebut.
Tiba-tiba seorang lelaki lain datang. Tiba-tiba duit syiling bertaburan diatas lantai. Pelancong dari Malaysia membongkok sambil membantu. Lalu, beg berisi komputer dan paspot lenyap bersama lelaki yang merungut tadi.
Kes 3.
Seorang yang ternama dari Malaysia, dirempuh oleh seorang lelaki, bertaburan duit syiling lelaki tadi, beliau membantu. Secara tiba-tiba beg sandangnya diragut. Beliau tergamam, da kejadian berlaku didalam keretapi di Zurich.
Motif ?
Adakah kerana duit, komputer atau paspot. Paspot Malaysia berharga. Boleh masuk UK dan overstay. Mudah untuk ke Eropah, kerana pemegang paspot Malaysia bukan pengganas.
Walau apa pun, sila berhati-hati dengan barangan persendirian anda seperti paspot, kad pengenalan, duit dan komputer.
Perlukah Kad Pengenalan dibawa semasa keluar negara?. Pernah saya ditegur oleh seorang pegawai di kaunter JPN. Kenapa membawa KP keluar negara?
Jawaban saya, jika kita kehilangan paspot dan ingin mendapatkan sijil perjalanan kecemasan dari pejabat kedutaan Malaysia, mereka perlukan Kad Pengenalan untuk pengesahan !.
No comments:
Post a Comment