Posting yang lepas, berkisar tentang Minaret. Kali ini masih lagi berkisar tentang minaret. Hanya kerana artikel ini
Tidak dinafikan, Gereja juga mempunyai minaret. Tetapi yang anehnya, mereka menggambarkan Minaret di Masjid seperti "Missile".
Itulah propaganda yang diuar-uarkan oleh yang menentang Islam di Swiss. Seperti juga di Malaysia, kerajaan disini mengamalkan kebebasan beragama. Cuma penduduknya yang kadang-kadang tidak berinfomatif. Islam hanya digambarkan sebagai pengganas.
Perlukah mempunyai Menara di setiap Masjid?. Sedangkan pada awalnya, pembinaan masjid hanyalah seperti rumah kotak bersegi empat. Atau mungkin menara ditiru dari gereja, cuma ditambah bilangannya sahaja ?
Terdapat beberapa masjid di Kota Bern. Ada masjid yang dipanggil Masjid Albania (dibawah apartmen), kerana Imam dan qariahnya dari Albania dan Bosnia. Masjid Sri Lanka, Imannya dari Sri Lanka dan yang terbesar Masjid Arab (kawasan parkir yang direnovasi, juga dibawah apartmen) yang mana Imamnya didatangkan dari Mesir dan qariahnya pula orang-orang dari negara-negara Arab dan Afrika.
Apakah mungkin akan ada Masjid Melayu?. Ich weiss es nicht...
No comments:
Post a Comment