Saturday, 5 June 2010

TomYam


Kepak ayam, serai, bawang, halia, tomato dan satu paket perencah tomyam, halal punya haaaa......

Aku curahkan air 60ml tidak lebih dan tidak kurang kerana mahu jaga kualiti. Air hampir mendidih, aku taruh semuanya.

Air mendidih, aku kacau sambil mengecilkan api. Aku biarkan selama 20minit. Nasib baik ada panduan pada sampul perencah dalam tulisan rumi. Kalau dia tulis dalam jawi siam, aku kena pergi cari orang Thai untuk translate.

Sukses..!! Suksess... !! Walaupun tak sedap langsung habis juga kuah 60ml. Itulah tomyam yang paling sedap buatku.

Sampai kini ku terfikir, dimanakah silapnya ramuanku.

Riwayat orang dulu dulu, guru silat takkan ajar semua bunga takut nanti lawan tokey, mungkin releven kot........

Ich weiss es nicht !


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: