Ada rakan-rakan saya bertanya, kenapa PHP dan Oracle?. Jawapan saya mudah, kerana saya sudah terbiasa dengan Oracle dan RDBMS, begitu juga dengan PHP.
Beza dengan ASP atau Perl. PHP lagi mudah apatah lagi kalau dikonfigurasi dengan Apache.
Saya telah membina beberapa program mengguna PHP dan Oracle sejak saya berkhidmat dengan Bank BSNC. Bank itu pun dah tinggal nama sahaja semenjak merger dengan Affin Bank.
Kalau hendak membina aplikasi berasaskan internet, cuba dengan PHP for Dummy, Apache dan MySQL. Tapi saya rasa yakin dengan Oracle. Lebih stabil dan DBnya mempunyai prestasi yang tinggi.
Antara aplikasi yang telah saya siapkan ialah webcashbook dan member registers. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini, layari http://www.mysistem.net dan jika ada yang ingin membangunkan aplikasi maklumat sendiri, selamat mencuba. Jika ada pertanyaan, sila ke laman web yang diberikan tadi.
Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment