Friday, 1 October 2010

Ambulance ?!?


Kenapa dengan Ambulan?.

Kerana ambulan disini, dianggotai oleh pasukan polis. Tidak seperti di tempat kita, yang bekerja sukarela seperti persatuan palang merah atau bulan sabit dan juga kakitangan hospital.

Oleh itu, jika terjadi sesuatu kemalangan, jangan bantu!, biar mereka yang uruskan. Jika terjadi sesuatu kepada mangsa, nanti kita akan dipertanggungjawabkan. Aneh!!.

Bunyi siren akan dimatikan apabila berada berhampiran kawasan hospital, kerana tidak mahu menganggu ketenteraman penghuni hospital.

Saya pernah menaiki ambulan ini, kemasan dalamannya menarik. Gegaran kosong!, suspensinya macam hidrolik, cuma goyang tiada hentakan.

Saya juga merasa 2 jab morfin. Satu, sebelum diusung kedalam ambulan dan selepas hampir 1 jam, sebelum turun untuk diusung kedalam Emergency Ward, dapat 1 lagi.

Jangan terkejut, kalau caj yang dikenakan hampir CHF950, kira-kira hampir MYR3000. Tiada yang percuma!!, walaupun Ambulan. Fuuhhhh..!!, nasib baik medical insurance cover.

No comments: