Monday, 15 September 2008

Buka Puasa


Akhirnya......

Saya dapat merasakan masakan melayu, setelah lebih 2 bulan. Terdapat masakan rendang, dalca, nasi, meehon goreng dan ikan. Ada juga beberapa kueh-mueh tradisional melayu. Rasanya? ada sedikit kurang. Mungkin kerana rempah-ratus dari kedai Sri Lanka.

Agenda sempena Berbuka Puasa dianjurkan oleh Duta Besar Malaysia di Berne. Makanan disediakan/dibawa secara "Pot Luck". Minuman disediakan.

Majlis dimulakan dengan Iftar, iaitu ceramah dan diikuti oleh Berbuka Puasa pada waktu 7.44pm waktu tempatan.

Ustaz jemputan adalah merupakan seorang kakitangan Kedutaan Indonesia. Beliau pernah mengajar di Malaysia, di Temerloh dan Maran. Beliau juga berceramah menggunakan dialek Melayu. Ada juga terbabas sebutan Indonesianya.

Seterusnya, kami mengerjakan solat Maghrib berjemaah.

Majlis diteruskan dengan Makan Malam dan solat Isyak pada jam 9.14pm, apabila tiba waktunya. Solat sunat Tarawih diadakan sebanyak 8 rakaat dan disudahi dengan solat sunat Witir.

Jemputan mula beransur pulang pada jam 11.00pm. Suhu pada malam itu mencecah 8c, kerana hujan selama 2 hari. Tidak lebat.

Saya rasa sungguh berpuas hati. Inilah malam yang indah bagi saya. Kerana ini adalah merupakan malam dimana saya dapat tidur dengan perut yang penuh. Tidak perlu untuk memikirkan apa yang akan saya makan untuk sahur nanti (skip sahur).

Bagaimana pula, pada masa yang akan datang?

Saya tidak tahu.

1 comment:

nordee said...

senang hati saya tengok chemat dapat makan masakan Malaysia...terubat ek rindu tu