Berita Online hari ini mengkhabarkan Malaysia akan menyambut Hari Raya Eid-ul Fitr pada tanggal 1hb Oktober.
Pengumuman dibuat hanyalah melalui rangkaian SMS. Mungkin saya akan menerima berita lebih dari sekali. Kerana kami akan menghantar sms ke rakan-rakan kami dan giliran mereka pula akan memberitahu kepada yang lainnya. Samada orang Malaysia ataupun Indonesia.
Sesuatu yang unik berkaitan dengan hubungan masyarakat Malaysia dan Indonesia, adalah kerana rumpun, rumpun yang sama. Rumpun Melayu.
Rakan saya, rata-rata terdiri dari orang Indonesia. Kerana dari orang Malaysia boleh dibilang dengan jari. Apatah lagi jika di Kota Bern.
Mereka juga agak terbuka dan mereka juga mengadakan rumah terbuka. Saya turut dijemput.
Tertarik saya kepada satu ucapan yang agak puitis. Ia berbunyi seperti berikut:
Sekotak mancis, Secangkir madu
Selaut kasih, Seluas rindu
Salam manis, Penuh syahdu
Salam syawal, Ku ucap pada mu
No comments:
Post a Comment