Thursday, 18 September 2008

Hilang Isteri


Terkini:
Telah dikhabarkan kepada saya, bahawa sang isteri sedang mendapatkan perlindungan di salah sebuah persatuan untuk isteri-isteri yang menghadapi masalah rumahtangga.


Saya tidak tahu.

Apabila mendengar cerita ini dari teman saya, orang Indonesia. Adakah ianya lucu atau harus bersimpati.

Lelaki Swiss dalam lingkungan 28 tahun telah berkahwin dengan wanita Indonesia.

Soalan pertama yang saya kemukakan kepada teman saya. Adakah mereka berkahwin secara Agama atau pun Sivil. Jika secara agama, kes ini amat berat tetapi jika secara sivil, kes ini macam biasa-biasa aja deh!.

Saya pernah bertemu wanita yang dimaksudkan. Rupanya cantik. Kulit putih. Potongan badan menarik.

Ulasan saya:

Kebanyakan lelaki Swiss, apabila berkahwin, tiadalah mereka memilih yang cantik-cantik melainkan ala-kadar sahaja. Akan tetapi mereka lebih memilih wanita yang mempunyai potongan badan yang cantik.

Mereka khuatir yang satu hari nanti, isteri mereka yang cantik jelita akan diambil orang. Mungkin lari mengikut orang.

Sebab itu saya bertanya samada mereka berkahwin secara agama atau sivil.

Ich weiss es nicht!

No comments: