Tuesday, 13 January 2009

Gurtengarten


Dalam bahasa Inggeris, Taman Bunga dan kalau diterjemahkan sepatutnya menjadi Gurten Garten. Anehnya, dalam bahasa German ia ditulis dalam satu ayat. Saya tidak tahu mengapa.

Kawasan ini terletak pada paras 700 meter dari aras laut. Ia Merupakan tempat riadah untuk anak-anak, remaja dan orang tua.

Berbagai aktiviti yang diadakan mengikut musim. Dan kali ini saya paparkan aktiviti dalam musim dingin. Pada musim ini, mereka menyediakan kawasan luncur seperti bermain ski dan schlitten/sledge untuk anak-anak.

Ada juga orang dewasa yang mengambil peluang untuk turut serta. Ski lift iaitu sejenis lift bukan untuk mengangkat ke atas, tetapi untuk menarik dari kawasan rendah ke kawasan tinggi, juga disediakan .

Ada beberapa foto yang saya rakam semasa berkunjung ke sana. Ikuti link ini, untuk melihat aktiviti musim dingin.

Untuk beberapa musim yang akan datang, saya akan paparkan aktiviti yang terdapat di taman ini, mengikuti peredaran musim

No comments: