Sub-Zero ?. Apa-apa nombor di bawah paras kosong.
Sudah hampir satu purnama, suhu di bawah paras kosong. Paling rendah adalah -14 !. Air mula menjadi beku. Tiada salju baru yang turun. Melainkan salju-salju lama yang sudah bertukar menjadi ais.
Ada sejenis penyakit di dalam telinga. Apabila tekanan suhu berubah, ada yang mengalami sakit dalam telinga. Seperti rasa pesawat sedang mendarat.Apabila salju bertukar menjadi ais, maka jalan akan bertambah licin, walau pun menggunakan kasut yang mempunyai tapak seperti roda traktor.
Untuk kekal panas, harus menggunakan kasut berteknologi seperti Gore-Tex. Saya masih belum mempunyai satu. Harga mahal. CHF200, potongan macam haprak. Yang ada Class sedikit, jenama NavyBoot. Harga CHF259. Sekarang Discount harga CHF180.
Jika menggunakan kasut biasa, stokin haruslah 2 lapis. Lapisan dalam, saya gunakan WOOL manakala lapisan luar, stokin biasa. Jika tidak menggunakannya, jari-jari kaki akan terasa sakit.Cuping telinga tersasa perit, hidung kerap berair manakala dari hidung atau mulut, keluar wap seperti asap keretapi lama. Agak bernasib baik, kerana hidung orang asia tidak memberikan masalah dengan suhu sejuk/kering, tetapi tidak seperti orang Eropah, kerana hinggus mereka asik meleleh.
Harus kenakan sarung tangan yang diperbuat dari WOOL, Muffla, Winter Coat dan Pull Over.Saya memakai tshirt lengan panjang, kemeja, sweater dari wool dan pullover. Bila nak keluar rumah baru menggunakan winter coat. Jika tidak? BEKU!!!
1 comment:
Bayangkan kalau salju turun di Malaysia ketika banjir sedang melanda... he he
Post a Comment