Sunday, 4 January 2009

Schlitten atau Sledge


Salju. Kerapkali dikaitkan dengan permainan sukan Ski dan BobSledge. Tidak boleh bermain di atas salju yang baru, kerana ia lembut. Sebaiknya salju yang sudah agak tepu.

Bagi kanak-kanak, sukan ini amat digemari kerana harga peralatan ini agak murah dan mudah. Harga peralatan ini kurang dari CHF200, bergantung kepada jenama dan rekabentuk.

Terdapat dari jenis kayu yang sesuai untuk dewasa dan plastik untuk kanak-kanak. Tidak memerlukan kepakaran.

Hanya naik ke bukit, duduk dan pandu sahaja.

Bagi Bob, iaitu jenis untuk kanak-kanak, ia mempunyai steering dan boleh dipandu, manakala untuk dewasa, ia adalah dari jenis kayu. Jika ingin belok kekanan, letakkan kaki kanan sedikit. Manakala kekiri, letakkan kaki kiri. Tetapi awas, jangan sampai patah kaki.

Saya telah mencubanya. Pada mulanya ada sedikit ketakutan, kerana kelajuan dan tiada brek. Setelah tergolek beberapa kali, saya sudah mahir.

Seronok?, ia mengingatkan saya jenis permainan yang pernah saya lalui semasa saya kecil, iaitu cari kotak yang diperbuat dari kertas, cari bukit yang berumput dan luncur !!.



Inilah rupa dan reka bentuk mengikut kategori usia. Ketik disini


No comments: