
Pada masa ini terdapat 8 turbin kipas di banjaran Jura. Sebanyak 8 lagi akan dipasang dan menjadikannya sebanyak 16 buat. Had maksimum adalah 32 unit, tetapi BKW FMB AG hanya memerlukan 16 unit sahaja.
Terdapat beberapa saiz bergantung kepada ketinggian. Yang terbaru mencapai ketinggian yang menyamai Statue of Liberty, di AS.

Setiap 1 unit beharga CHF3 juta. Jangkaan hayat sehingga 25 tahun hingga 30 tahun. Pengeluaran tenaga yang dihasilkan sebanyak 8 unit ini, saya tidak pasti, tetapi mengikut 10% tenaga yang diperbaharui (Solar dan Angin) ianya mencecah 600,000 kWh disamping Hidro 50% dan Nuklear 40%.

Kedudukan mata angin tidak menentu, terdapat mekanikal yang menentukan kipas akan menghadap arah mata angin. Ia hanya boleh berputar 4 kali sahaja, selepas itu ia akan kembali kepada kedudukan asal, dan mengikut arah angin semula.

Untuk mengerakkan dinamo, ia memerlukan bilah berputar 28 kali sahaja dan tidak lebih. Jika angin kencang bilah akan diselaraskan dia ia akan berputar sebanyak 28 kali. Munkin dalam Sejam. (Lupa nak tanya semasa sesi penerangan). Jika angin pelahan, kipas hanya berputar tanpa menggerakkan dinamo.

Kebanyakkan negara di Eropah, mempunyai kipas seperti ini. Nederland yang terbanyak, hingga di pasang di laut. Mungkin kerana itu, kebanyakkan tenaga eletrik lebih murah dari Malaysia.
No comments:
Post a Comment