Tuesday, 8 December 2009

Anak & Schlitten


Schwarzsee, lokasi tidak jauh, lebih kurang 60km. Masa perjalanan hampir 1 jam. Kelajuan lebuhraya 120km/j. Tapi yang tak tahan, jalan kampung, 30 hingga 50km/j. Kamera perangkap laju, tersembunyi.

Kalau kawasan had laju 30km/j, mesti bawa 30km/j. Sifir saman kalau bawa lebih seperti contoh bawa 40km/j ialah seperti berikut:-

Saman = (((had laju yang ditetapkan - 40km/j)-5km/j) X CHF10)

Sabtu 5hb Dec, bekalan roti sandwich. 3 botol air 1.5l dan buah epal. Baju 3 lapis, seluar jeans dab snow boot. Anak-anak tersenyum lebar. Pengalaman pertama untuk permainan Schlitten. Macam main gelongsor. Tapi kali ini lebih mencabar.

Aku tak tahu berapa kali mereka naik dan gelongsor turun. Bila aku tanya adakah mereka merasa dingin, mereka jawab tidak. Mereka berpeluh, kerana menggunakan banyak tenaga untuk mendaki, sedangkan bila turun, rasa cepat. Oleh itu, mereka naik lagi tinggi.

Apabila seluar mereka mula basah, aku ajak mereka pulang. Hari dah mula gelap, walhal baru jam 4.30 petang. Van yang dinaiki, dilengkapi dengan heater, jadi tidaklah mereka merasa kedinginan.

Mungkin kena beli seluar snow, supaya seluar jeans tak basah. Harga? CHF129.00

Foto yang diambil tak berapa terang, kerana awan melindungi cahaya matahari.

1 comment:

Azman Bin Sulaiman said...

Seronok anak-anak bergelumang dalam salji...kalau kat sini dalam lumpur la tu...ada kesan pemanasan global tak kat sana...sini siang dah semakin panas...malam dah semakin sejuk...