Thursday, 10 December 2009

Pemanasan Global

Jawaban bagi persoalan dari sahabat saya, serunaimalam.

Switzerland, dari paras 500m hingga 3000m. Terdapat banjaran puncak yang dilitupi salju sepanjang tahun.

Salju dan Musim Dingin adalah merupakan salah satu punca ekonomi mereka, disamping musim bunga dan luruh. Musim panas hanya tertumpu di kota.

Oleh yang demikian, mereka adalah pejuang nombor satu bagi "Alam Sekitar".

Bagi mereka, sukan musim dingin adalah seperti musim menuai padi. Hotel dan Apartmen sentiasa penuh. Begitu juga track untuk ski dan snowboard (Piste).

Caj penginapan dan sukan untuk 1 minggu yang paling murah CHF1000 hingga CHF2000 harga pakej.

Begitu juga bila tiba musim bunga, aktiviti riadah mereka adalah merentas desa. Berjalan kaki dan trekking di rabung-rabung bukit sambil menghirup udara segar dan pemandangan musim ini memang mengasyikan.

Tetapi tidak sehebat musim dingin. Bagi mereka musim dingin dan salju merupakan waktu puncak.

Bayangkan hasil yang diperolehi untuk setiap musim. Cukai perkhidmatan 7.5%, manakala cukai perniagaan 25% hingga 30%.

Oleh yang demikian, jika berlaku Pemanasan Global, ekonomi mereka boleh terjejas teruk.

Jika sesiapa yang membiarkan kenderaan mereka dalam keadaan "idle mode" (keadaan enjin kereta atau bas dalam keadaan running idle), dalam masa 5 minit, pasti akan ada seseorang yang akan menegur dan menyuruh kita mematikan enjin kereta.

2 comments:

Azman Bin Sulaiman said...

Bayangkan kenderaan dalam keadaan idle di bandar2 sekitar KL, JB dsb yang jem hari2...tak masuk Bangkok, Jakarta dan Manila...rasa2 di ASIA ni kita penyumbang terbesar kemusnahan alam...hmmmm

santalia said...

Ye itu belum lagi asap daripada aktiviti pembakaran terbuka dan kepulan asap daripada serombong kilang di KL, JB, Penang. Belum lagi tebang hutan, korek tanah dll. Bila tanah runtuh baru sibuk buat kertas siasatan.