Akibatnya terdapat beberapa insiden kemalangan kecil, kerana ada pengguna kenderaan yang tidak menggunakan tayar untuk musim dingin.
Ada yang bertanya bagaimana keadaannya semasa hujan salju.Untuk yang belum pernah mengalaminya, saya cuba huraikan serba sedikit, tetapi tidak semestinya tepat, kerana lain tempat, lain kaedahnya, tetapi seakan-akan sama.
Awan salju, berwarna kelabu sedikit kehitaman, tidak sarat seperti yang membawa air. pada ketika ia mahu turun, keadaan telinga seakan-akan perit kerana kesejukan dan tangan seperti mengengam airbatu.
Pada permulaan, ia turun seperti kapas yang halus-halus dan berterbangan ditiup angin (Snowflakes). Apabila ia menjadi sedikit lebar, ia akan turun pada kadar yang sederhana. Jika turun dengan lebat, ia seakan lebar dan komposisi juga banyak dan kali ini ia tidak berterbangan lagi.
Apabila baju terkena salju, ia tidak cair, tetapi melekat sedikit pada winter coat. Tetapi apabila kita masuk kedalam rumah, ia akan segera cair.Jika di Davos, hujan salju turun agak lebat dan kasar, tetapi di kota Bern, ia turun dalam bentuk yang sederhana tetapi lama sehingga 2 hingga 3 hari.
Dan kebiasaannya, kita akan perasan pada sebelah paginya, apabila melihat hamparan putih merata-rata.Winter tanpa salju adalah seperti sayur tanpa garam.
Kelam dan tidak berseri. Dan suhu adalah di paras subzero !!
No comments:
Post a Comment