Thursday, 25 December 2008

Paris 2, Eiffel Tower


Bertolak menaiki keretapi TGV-Lyria pada tepat jam 0829 pagi. Tambang untuk pergi dan balik CHF250 dan tiket harian di Paris dengan menggunakan Metro bernilai CHF15.50

Perjalanan dari Bern ke Paris, mengambil masa kira-kira 4 jam dan perhentian terakhir Gare De Lyon. Dari Gare De Lyon, saya menaiki Metro 1 menuju Bastille.

Dari situ saya menaiki Metro 5 menuju ke Gare D'Austerlitz. Metro 10, menuju Maubert Mutualite untuk makan tengah hari.

Menaiki Metro yang sama, dan menuju ke La Motte-Picquet/Granelle.

Meneruskan perjalanan dengan menaiki Metro 6 dan turun di Bir-Hakeim. Dengan berjalan kaki dalam masa 5 minit, saya tiba di kaki Menara Eiffel.

Kaunter tiket hanya ada 2 sahaja, sedangkan orangramai telah berbaris panjang. Saya tidak naik!.

Rangkaian Metro sungguh memuaskan dengan kekerapan setiap 4 minit. Foto-foto sekitar Paris

No comments: