Monday, 22 December 2008

Paris 1, Notre Dame



Gereja Gothic.

Saya tidak tahu cerita sebenar di sebalik pembinaannya. Saya hanya menghabiskan masa selama 1 setengah jam. Itu pun untuk mengambil sedikit foto.

Keadaan suhu semasa gambar ini diambil adalah sekitar 3 hingga 5 darjah celcius.

Oleh kerana kesejukan, jari jemari saya tidak dapat bermain dengan shutter dan gegelang untuk fokus, kebiasaannya saya lebih suka menggunakan kamera secara manual.

Tetapi tidak semasa musim sejuk, oleh itu saya hanya menetapkan kesemuanya dalam AUTO. Hanya Point & Shoot.

Foto ini diambil di bahagian belakang gereja, kerana lebih artistik berbanding bahagian hadapan.

2 comments:

santalia said...

Rasenya cantik lagi masjid-masjid yang terdapat di negara kita

che mat said...

Malangnya, semasa ke Paris, saya tidak menjumpai masjid yang boleh kita kongsi bersama.

Mungkin saya akan lawati Sepanyol, kerana di situ ada kesan tinggalan masjid-masjid lama.