Kenapa kita sering mandi?. Secara lazimnya
1. Untuk menghilangkan daki-daki yang diakibatkan oleh peluh kering.
2. Untuk menghilangkan bau dan menyegarkan badan.
3. Negara kita beriklim panas dan lembab.
Bagi negara yang mengalami 4 musim, iaitu iklim panas dan kering serta sejuk dan kering, kurangkan mandi kerana jika kerap mandi,
1. Kesan tindakbalas dengan sabun mandi akan mengakibatkan kulit menjadi kering, mengelupas, merekah dan cepat berkerut.
2. Kurangkan penggunaan sabun, melainkan di tempat yang tertentu sahaja seperti diketiak dan di celah pangkal paha.
Jika sesiapa mengalami keadaan ini, kulit akan terasa gatal-gatal. Ia disebabkan kulit terlampau kering, dan merekah dan bukan kerana kudis atau hama.
Gunakan losyen bayi dan sapu di seluruh anggota selepas mandi pagi dan sebelum tidor malam. Jika membawa kanak-kanak, perhatikan simptom ini, kerana kanak-kanak tidak tahu.
Untuk menghilangkan bau badan, gunakan kaedah "Italian Shower". Semburkan minyak wangi yang kuat.
Untuk suhu yang extreme pula seperti -10c. Hidung yang sensitif, akan berdarah. Tidak banyak. Cuma sedikit titisan. Akibat dari pengembangan saluran darah dan udara yang kering.
Bagaimanapun, Suhu dan cuaca di sini sentiasa menyegarkan. Tidak mandi pun tidak mengapa.
Kerana saya telah mengalami keadaan ini.
1 comment:
hehe lucu pulak bila baca italian shower tu
Post a Comment