Ramadhan Al-Mubarak.
Sama seperti hari-hari biasa di Bern. Kedai makan dan restaurant dibuka seperti biasa. Kerana bagi mereka bulan Ramadhan seolah-olah tidak wujud.
Bagi yang beragama Islam. Tiada masaalah tentang makan dan minum. Seperti biasa, bagi yang ponteng puasa, tiada siapa yang tegur. Tiada Pegawai Agama yang akan menangkap mereka. Tiada undang-undang Syariah. Akta Human Rights! mengatasi kepercayaan beragama.
Kita tidak boleh meneka apa ugama mereka. Kerana rambut sama perang/brunette dan kulit sama putih. Ada yang berugama dan ada yang tidak. Jadi kalau ada sesiapa yang berhasrat untuk berdakwah, silakan. Tetapi mahirkan diri dengan bahasa German dah Perancis, kerana bahasa Inggeris kurang laku. Bahasa Melayu, apatah lagi!.
Untuk makluman, Islam adalah ugama kedua (walaupun bilangan adalah kecil, beberapa ribu sahaja sedangkan populasi adalah 8 juta) terbesar selepas Kristian.
Hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan. Syuruq jam 6.49 pagi. Maghrib jam 8.10 malam. Hari Isnin depan 8 Ramadhan, syuruq jam 6.58 pagi dan maghrib jam 7.56 malam. Pada 15 Ramadhan pula, Syuruq jam 7.08 pagi dan maghrib 7.42 malam.
Jika puasa genap 30 hari, maka puasa pada hari terakhir, syuruq bermula jam 7.27 pagi dan Maghrib 7.12 malam.
Begitulah. Waktu di Garisan Sartan 45 darjah Utara. Setiap hari waktu akan berbeda di antara 1 hingga 2 minit. Adakalanya waktu Maghrib pukul 4.45 petang dan adakalanya waktu Maghrib pukul 9.30 malam.
Itu belum kira waktu Subuh. Seawal 2.30 pagi dan Syuruq jam 4.45 pagi.
Terdapat 4 Masjid di Kota Bern. Dikendalikan oleh aktivis agama mengikut etnik seperti Arab termasuk Afrika Utara dan Pak Hitam (Mat Black). Turki. Sri Lanka dan India. Serta etnik negara Balkan, iaitu Albania, Croatia, Bosnia & Herzegovina.
Kaedah solat tarawikh tetap sama. Ada yang buat 8 dan ada yang buat 20 rakaat. Yang berbeza hanyalah ceramah yang bukan dalam bahasa Melayu.
Di kedutaan Indonesia, mereka mengadakan solat Tarawikh 2 kali seminggu. Saya akan bersama mereka. Kerana ceramah dibuat dalam bahasa Indonesia. Komuniti mereka lebih besar. Kira-kira 8 ribu orang berbanding dengan Malaysia hanya sekadar 800 sahaja.
Berlainan Ramadhan di Malaysia. Kedai makan tutup. Walaupun kadang-kadang ada kedai yang tutup di bahagian hadapan tapi di pintu belakang terbuka!!. Orang Islam dan bukan Islam, kita boleh kenal.
Kerana secara lazimnya Melayu berugama Islam.
Kepada kaum muslimin dan muslimat, walau di mana kamu berada, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Sama seperti hari-hari biasa di Bern. Kedai makan dan restaurant dibuka seperti biasa. Kerana bagi mereka bulan Ramadhan seolah-olah tidak wujud.
Bagi yang beragama Islam. Tiada masaalah tentang makan dan minum. Seperti biasa, bagi yang ponteng puasa, tiada siapa yang tegur. Tiada Pegawai Agama yang akan menangkap mereka. Tiada undang-undang Syariah. Akta Human Rights! mengatasi kepercayaan beragama.
Untuk makluman, Islam adalah ugama kedua (walaupun bilangan adalah kecil, beberapa ribu sahaja sedangkan populasi adalah 8 juta) terbesar selepas Kristian.
Jika puasa genap 30 hari, maka puasa pada hari terakhir, syuruq bermula jam 7.27 pagi dan Maghrib 7.12 malam.
Begitulah. Waktu di Garisan Sartan 45 darjah Utara. Setiap hari waktu akan berbeda di antara 1 hingga 2 minit. Adakalanya waktu Maghrib pukul 4.45 petang dan adakalanya waktu Maghrib pukul 9.30 malam.
Itu belum kira waktu Subuh. Seawal 2.30 pagi dan Syuruq jam 4.45 pagi.
Kaedah solat tarawikh tetap sama. Ada yang buat 8 dan ada yang buat 20 rakaat. Yang berbeza hanyalah ceramah yang bukan dalam bahasa Melayu.
Di kedutaan Indonesia, mereka mengadakan solat Tarawikh 2 kali seminggu. Saya akan bersama mereka. Kerana ceramah dibuat dalam bahasa Indonesia. Komuniti mereka lebih besar. Kira-kira 8 ribu orang berbanding dengan Malaysia hanya sekadar 800 sahaja.
Kerana secara lazimnya Melayu berugama Islam.
Kepada kaum muslimin dan muslimat, walau di mana kamu berada, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
3 comments:
Selamat berpuasa la bro...bukak posa sorang2 yer...cian
Wat tu do. Maghrib plak 8.11pm. Aduss.. adusss
oklah tu che mat...setidak2nya merasa berpuasa di rantau orang...best apa...yg best lagi ada tarawikh jugak...
Post a Comment