Cuaca dingin sebelah pagi. Menjelang tengahari, sedikit panas. Petang pula, suhu akan mula menurun.
Menaikinya dengan kayuhan yang konsisten, tidak akan terasa panasnya matahari. Walaupun panas, terasa dingin apabila dipuput angin. Ini membuatkan kegiatan berbasikal bukan sahaja merupakan aktiviti bersukan, tetapi juga sebagai medium pengangkutan untuk pergi kerja.
Peranan dan polisi kerajaan juga penting. Di sini hampir setiap jalanraya negeri disediakan garisan kuning untuk basikal. Di tiang lampu trafik, terdapat juga lampu isyarat untuk yang berbasikal.
Jika mengikut kelaziman lampu trafik, kenderaan seperti Bas, basikal, teksi akan dilepaskan dahulu dan kemudian kenderaan persendirian.
Setiap basikal mempunyai insuran. Dan setiap tahun jugalah, insuran tersebut perlu diperbaharui. Bayaran CHF5 untuk setahun. Bayaran insuran kemalangan.
Bagi golongan cacat, mereka masih boleh berbasikal. Kaedah kayuhan adalah berlainan kerana mereka menggunakan tangan.
Jika kita melanggar seseorang dan mangsa mendapat kecederaan, maka kita terselamat daripada membayar gantirugi samada dalam bentuk bil hospital atau gantirugi mengakibatkan kecederaan kekal. Lindungan yang diberi mencecah sehingga CHF2 juta!.
Basikal secara relatifnya adalah mahal. Kerana bahannya di perbuat dari aluminium yang tahan. High Density Alu. Ringan.
Ada juga basikal biasa berharga CHF600. Beratnya? sama seperti berat basikal anak saya yang telah saya beli dengan harga RM450.
Basikal berharga lebih dari CHF1000. Basikal saya beharga CHF999 (3.05 @ RM3046). Itu yang paling murah mengikut kelas HiDensity Alu. Namun, dalam setahun ada jualan murah. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli basikal semasa jualan murah. Biasanya model-model basikal semuanya telah berusia lebih dari 2 tahun.
Saya juga beli basikal saya semasa jualan murah pada harga CHF699.
Terdapat juga jualan lelong, di mana basikal-basikal yang telah dibaiki tidak dituntut oleh tuanpunya ataupun basikal curi yang ditemui semula. Harga?, ditender dahulu.
Tiub basikal saya pernah pancit. Setelah diteliti, terdapat 3 koyakkan. Saya ganti tiub baru. Harga CHF35. Wow, mahalnya, memanglah. Swiss bukanlah negara pengeluar atau memproses getah. Oleh itu, saya akan memastikan saya akan membeli tiub banyak untuk dibawa ke sini.
Gelang reflector kaki. Ramai memakainya di kaki hujung seluar disebelah kanan. Untuk mengelakkan hujung seluar terselit di piring rantai. Harga CHF10 jenis 3M. Topi keselamatan. Jika kita tidak memakainya, tiada apa-apa tindakan. Jika kemalangan melibatkan kepala, tidak boleh tuntut insuran.
Membawa kanak-kanak. Terdapat 2 pilihan. Membeli kerusi untuk diletak bahagian belakang atau membeli carriage untuk ditarik dari belakang. Harga carriage CHF500. Jika tiada kanak-kanak, boleh diisi dengan barang-barang.
Terdapat juga Carriage Multi-Purpose. Jika ingin menggunakan basikal, beli sahaja adapter berharga CHF109. Atau jika ingin menjadikan kereta sorong, pasangkan sahaja adapter untuk roda bahagian hadapan. Jika ingin menarik di atas salji, tukar roda dan gantikan dengan papan lungsur.
Sambung ....
Menaikinya dengan kayuhan yang konsisten, tidak akan terasa panasnya matahari. Walaupun panas, terasa dingin apabila dipuput angin. Ini membuatkan kegiatan berbasikal bukan sahaja merupakan aktiviti bersukan, tetapi juga sebagai medium pengangkutan untuk pergi kerja.
Jika mengikut kelaziman lampu trafik, kenderaan seperti Bas, basikal, teksi akan dilepaskan dahulu dan kemudian kenderaan persendirian.
Setiap basikal mempunyai insuran. Dan setiap tahun jugalah, insuran tersebut perlu diperbaharui. Bayaran CHF5 untuk setahun. Bayaran insuran kemalangan.
Jika kita melanggar seseorang dan mangsa mendapat kecederaan, maka kita terselamat daripada membayar gantirugi samada dalam bentuk bil hospital atau gantirugi mengakibatkan kecederaan kekal. Lindungan yang diberi mencecah sehingga CHF2 juta!.
Basikal secara relatifnya adalah mahal. Kerana bahannya di perbuat dari aluminium yang tahan. High Density Alu. Ringan.
Ada juga basikal biasa berharga CHF600. Beratnya? sama seperti berat basikal anak saya yang telah saya beli dengan harga RM450.
Basikal berharga lebih dari CHF1000. Basikal saya beharga CHF999 (3.05 @ RM3046). Itu yang paling murah mengikut kelas HiDensity Alu. Namun, dalam setahun ada jualan murah. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli basikal semasa jualan murah. Biasanya model-model basikal semuanya telah berusia lebih dari 2 tahun.
Saya juga beli basikal saya semasa jualan murah pada harga CHF699.
Terdapat juga jualan lelong, di mana basikal-basikal yang telah dibaiki tidak dituntut oleh tuanpunya ataupun basikal curi yang ditemui semula. Harga?, ditender dahulu.
Tiub basikal saya pernah pancit. Setelah diteliti, terdapat 3 koyakkan. Saya ganti tiub baru. Harga CHF35. Wow, mahalnya, memanglah. Swiss bukanlah negara pengeluar atau memproses getah. Oleh itu, saya akan memastikan saya akan membeli tiub banyak untuk dibawa ke sini.
Gelang reflector kaki. Ramai memakainya di kaki hujung seluar disebelah kanan. Untuk mengelakkan hujung seluar terselit di piring rantai. Harga CHF10 jenis 3M. Topi keselamatan. Jika kita tidak memakainya, tiada apa-apa tindakan. Jika kemalangan melibatkan kepala, tidak boleh tuntut insuran.
Sambung ....
2 comments:
selamat puasa che mat...kat sana puasa berapa jap eh?
selamat berpuasa untuk awak juga. ada artikel tentang ramadhan di bern
Post a Comment