Monday, 11 August 2008

Pertanian-Ternakan Lembu (Bhg 1)

Aku mempunyai seorang guru perempuan yang mengajar bahasa German. Keluarganya terdiri dari sang suami, 3 anak perempuan dan 1 laki-laki. Pekerjaan utama keluarga tersebut adalah penternakan lembu. Bagi membantu dan menambahkan pendapatan keluarga, beliau membuat partime dengan mengajar.


Tanah dan ladang adalah warisan turun temurun. Anak akan mengambilalih kerja-kerja orang tua dan begitulah akan berlaku seterusnya. Berikut saya perturunkan catatan yang saya perolehi dengan mengamati dan perbualan dengannya.


Keluasan tanah sehingga mencapai 43 hektar (lebih kurang). Tanaman utama ialah rumput (padang ragut lebih tepat lagi). Jenis rumput pula adalah bercampur dengan rumput liar.

Terdapat kira-kira 30 ekor lembu termasuk 6 ekor anak lembu. Hasil utama dari ternakan lembu tersebut ialah susu. Bukan untuk diminum tetapi diproses untuk membuat keju. Tenaga kerja hanyalah beliau dan anak-anak sahaja.
Anak pertama, perempuan merupakan seorang mekanik jentera berat. Menjadi apprentis untuk tempuh 2 tahun. Selesai menjalani apperentis, dia ditauliahkan dengan Diploma selain mendapat sijil akademik (2 in 1). Boleh memandu traktor dan membuat kerja-kerja ladang.
Anak ketiga lelaki, merangkap pekerja utama kerja-kerja ladang. Pada musim cuti sekolah, beliau akan bekerja membantu bapanya dengan membawa traktor dan bekerja di ladang. Manakala semasa musim sekolah pula, kerja-kerja tersebut akan dilakukan pada hari sabtu dan ahad.
Jentera yang terdapat di rumah ladang tersebut adalah seperti; Jentera untuk mengumpul dan menyapu rumput. Jentera untuk mengambil rumput dan masukan kedalam lori. Semuanya dengan bantuan jentera. 43 hektar dengan tenaga kerja seramai 3 hingga 4 orang.
Kendalian agak rumit juga, mungkin memerlukan latihan dan kemahiran yang tinggi. Nampak mudah, tetapi banyak suis dan punat yang harus ditekan untuk sesuatu aktiviti. Macam dalam kokpit.

4 comments:

Azman Bin Sulaiman said...

Thanks for the photos...Hujan Emas di negeri orang...Hujan Batu di negeri sendiri.. Keep us posted!!!

che mat said...

Bitte Schoen!

santalia said...

Di kampung aku ada juga orang ternak lembu secara sanbilan....10 hingga 15 ekor. Caranya mudah....lepas bebas. Kesannya? Habis tanaman kat kebun orang menjadi mangsa. Itu lah bezanya petani kita...

nordee said...

boleh dijadikan contoh untuk petani kita...Malaysia Boleh