Monday, 18 August 2008

Pertanian-Ternakan Lembu (Bhg 2)





Rumput yang telah kering, diangkut ke dalam bangsal. Terdapat sebuah "Crane" untuk menyisih dan meratakan rumput supaya ruangan dapat digunakan secara optimum.

Bangsal rumput sungguh lebar dan luas. Menyamai ketinggian 3 tingkat bangunan. 1 tingkat dibawah paras tanah dan 2 tingkat di atas tanah. Bekalan yang dapat ditampung adalah sehingga 6 bulan!.

Padang ragut yang luas dibahagikan mengikut sektor. Ia bertujuan untuk mengawal lembu dari berkeliaran. Sesebahagian sektor memang dibiarkan rumput panjang, manakala sebahagian pula dibiarkan lembu lepas bebas.

Setiap sektor dipagari dengan tali khas dan mempunyai arus letrik. Voltan tidak tinggi. Jika dipengang oleh manusia, tidak renjatan cuma sekadar terkejut sahaja. Jadi ternakan juga tidak mati.


No comments: