Daylight Saving Time berlaku di Eropah, manakala di Malaysia, ia tidak relevan.

Pada masa ini, waktu Swiss adalah GMT +1, manakala Malaysia GMT +7. Apabila DST, Swiss akan menjadi GMT (+1 (-1)). Ia bermakna GMT masih +1, tetapi Adjusted time menjadi -1. Dan dengan ini perbedaan masa dengan Malaysia akan menjadi +7 jam. Ia hanya berlaku bagi kawasan Hemisfera Utara, manakala di Hemisfera Selatan pula, saya tidah tahu.

Berlaku selama 6 bulan. Iaitu apabila siang mula menjadi semakin singkat manakala malam pula akan menjadi lebih panjang. Untuk memaksimumkan penggunaan cahaya matahari di sebelah siang, maka jam akan dilewatkan sehingga 1 jam dan ianya akan berlaku pada hari Ahad 26hb. Oktober.

Bagi waktu pejabat, ia seperti normal. Bagi waktu solat pula, Zohor pada jam 12.15, Asar 14.56, Maghrib 17.24, Isyak 18.54 dan Subuh pula jam 5.24. Pergerakkan waktu Zohor, tidak banyak berbeda, manakala waktu Asar, Maghrib dan Isyak akan menjadi lebih awal. Hinggakan Maghrib boleh mencecah jam 16.45.

Jam handphone yang saya gunakan telah menunjukkan pukul 11.54am, komputer saya menunjukkan waktu 10.54. Nampaknya saya harus memperbetulkan jam di handphone saya, agar saya tidak keliru dengan waktu GMT dan DST.
Secara lazimnya, saya akan keluar jam 8 pagi untuk ke pejabat dengan keadaan cahaya matahari yang sedikit. Tetapi pada hari selepas DST, saya seolah-olah keluar selepas subuh, manakala pulang setelah matahari terbenam. Pada ketika itu saya keluar sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam.

Ia adalah pengalaman yang menarik. Akan tetapi bekerja dan melancung di Swiss adalah perkara yang berbeda.
Memang menarik untuk dilawati, akan tetapi untuk bekerja ?...... saya tidak pasti
1 comment:
Harap maaf, kerana foto yang diambil tidak sharp. Pada darjah 7c, tangan dan jari merasa amat sejuk seperti rendam tangan dalam ais.
Post a Comment