Thursday, 30 October 2008

Emulsion & Bekalan Bahan Mentah


Ada apa tentang EMULSION.

Di Malaysia, saya tidak ambil berat tentang Emulsion. Kerana di sana telah sedia maklum, ada logo HALAL. Tetapi tidak di Swiss.

Akan tetapi untuk menggunakan bahan mentah yang lain, kita akan berpandukan kepada E-Code.

Contoh:- E471 tidak boleh digunakan oleh orang Islam atau pun orang Yahudi. Ini adalah kerana ia merupakan Animal Fats/Oil dari binatang yang tidak disembelih.

Berikut adalah sifir-sifir yang harus dihafal:-
E-120, 140, 141
E-252
E-422, 430, 431, 470, 471, 472a, 472b, 472c, 472d, 472e, 472f, 473, 474,
E-475, 477, 478, 479, 481, 482, 183, 491, 492, 494, 495

Tanpa E:-
160a, 161
300, 301, 322, 325, 339
433, 435, 436, 441, 476,
542, 570, 572, 585,
631, 634, 635, 640
901, 904, 920
1105

Ada apa dengan REMPAH-RATUS.

Di kedai Asia yang dipunyai dan dikendalikan oleh orang Thai dan orang Indonesia, terdapat tanda halal di produk yang dijual oleh mereka. Tanda tersebut disahkan oleh Persatuan Muslim di negara masing-masing. Sehingga kini, tiada masalah untuk mendapatkan rempah-ratus dan mee segera.

Ada apa dengan BEKALAN DAGING.

Bagi mendapatkan bekalan daging dan ayam, Kita akan berpandukan kepada penjual tersebut. Biasanya produk yang dibeli dari orang Turki. Memang benar, tidak semua ornag turki itu Islam. Tetapi kita akan perhatikan mereka samada kita kerap bertemu mereka di Masjid. Jika mereka kerap bertemu mereka di Masjid, kita akan berbual selepas itu baru kita tanya tentang daging dan ayam yang dijual di kedai mereka.

Selebihnya, ikut pertimbangan sendiri. mahu beli atau tidak.

Undang-undang di Swiss membenarkan binatang-binatang ternakan ini disembelih. Pelik tapi benar. Human Rights mereka meliputi Haiwan dan Tumbuhan. Kaedah mereka ialah dengan menembak di kepala haiwan tersebut ataupun dengan menggunakan alat untuk menghentak dan mencucuk di kepala sehingga ke otak ternakan tersebut.

Oleh itu, kebanyakan daging dan ayam yang dijual oleh kedai Turki, diimpot dari German atau Perancis, dimana penyembelihan boleh dilakukan.

Saya?. Saya mengikut apa yang menjadi kelaziman orang Malaysia di Swiss, hanya beli di kedai yang tertentu, makan makanan yang sama.

Itu saja, asalkan tidak makan mengikut selera, janji makan untuk hidup.

Ich weiss es nicht

3 comments:

Anonymous said...

Yer.. makan untuk hidup.. Especially bila tengah time bz ya amat ni, tak berkesempatan nak makan sedap sedap.. I need some life..

Azman Bin Sulaiman said...

Apa cita bro..tak contact pong...kata balik Malaysia

nordee said...

banyak gak sifirnya ye...