Tuesday, 28 October 2008

Hujan & Pulang


HUJAN
Kerap berlaku hujan semasa di pertengahan musim Luruh. Suasana kelam dan suram.

Keadaan ini memang sering berlaku. Begitu juga pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan mungkin juga tahun-tahun yang bakal mendatang.

Air hujan amat dingin, dan kerana itu ia mampu menurunkan suhu sehingga yang panas.

Keadaan yang suram dan kelam ini juga mampu menguasai emosi individu. Statistik membunuh diri pada musim dingin adalah tinggi, walau bagaimanapun tidaklah setinggi di negara Sweden.

PULANG
Saya akan pulang.

Walaupun bukan untuk selamanya. Saya bercuti selama 25 hari bekerja dan campur dengan sabtu/ahad, dapatlah 36 hari.

Menggunakan pesawat Emirates dari Zuerich/Dubai selama 6.5 jam. Transit di Dubai selama 4 jam dan Dubai/KUL selama 7 jam. Bosan???. Kalau diukur boleh mencecah tahap Gaban.

Tambang agak murah kali ini. CHF1057. Lebih murah dari tahun lepas. Mungkin bagi pesawat ini, mereka menggunakan minyak keluaran sendiri. Harga minyak tanpa cukai dan ditambah subsidi. Mungkin juga untuk promosi syarikat penerbangan negara mereka.

Kini di kepala saya, sudah terbayang kelazatan Satay Hj. Samuri (promo), KFC dan SeaFood Muara di Port Kelang. Jika tiada aral melintang, saya akan menziarah sahabat saya, SerunaiMalam. (Dah lama tak dengar dengkurannya. Irama anak desa).

Saya juga akan menyambut Eidul Adha, bersama keluarga. Peluang pulang hanya setahun sekali. Bukan kerana harga tambang, tetapi masalah cuti yang sedikit. ditambah pula dengan Jetlag.

1 comment:

nordee said...

selamat pulang che mat....:D:D