Friday, 10 October 2008

Eid Ul Fitr 2008

Saya tidak pulang. Kerana ketiadaan tiket penerbangan. Full Flight. Yang ada hanyalah beberapa tiket untuk hari selepas hari lebaran.

Walau apa jua sebutan, Ia tetap merupakan Hari Lebaran. Aktiviti ini dimulakan dengan solat sunat Eid di kawasan lapangan dalam Dewan.

Pihak Jawatankuasa Masjid yang dikendalikan oleh Imam dari Albania telah menyewa Dewan Keagaamaan dari Gemeinde (Ge-Mein-De), atau PBT.

PBT ada menyediakan Dewan Keagamaan untuk semua agama dengan kadar sewaan yang berpatutan. Tetapi semuanya dalam bangunan yang sama.

Walaubagaimana pun penganut agama Islam dan Yahudi lebih selesa dengan menyewa bangunan sendiri.

Solat jam 8.30 pagi. Dari segi bacaan, di Malaysia lebih enak. Isi khutbah yang dibacakan pula, saya tidak faham. Bahasa Albania.

Memandangkan bilangan keluar Melayu di Berne tidak ramai, sekadar 2 keluarga, kami telah meletakkan sasaran awal. 1 hari 1 rumah. Lepak sampai petang. Pak Duta juga menyediakan juadah.

Suasana amat jauh berbeza dengan Malaysia. Walau apa pun, saya tetap berbangga. Kerana saya sudah melalui pengalaman ini.

Di antara puluhan pejabat kedutaan, cuma kedutaan Malaysia dan Indonesia sahaja yang tutup.

Meriah atau tidak, Raya tetap Raya.

No comments: