Tuesday, 14 October 2008

Kota Thun

Banjaran Swiss Alps, merupakan tulang belakang dalam peta Swiss. Sama seperti Banjaran Titiwangsa.

Perjalanan ke Thun, yang merupakan sebuah kota lama iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Kota Bern. Kira-kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan, melalui Highway A1

Sesuatu yang menarik jika melakukan perjalanan dalam musim luruh ialah pemandangan pohon-pohon yang beraneka warna. Daun hijau bertukar kuning dan ada yang menjadi merah. Keadaan pohon-pohon yang berselang-seli ini amat menarik. Kita dapat menyaksikan berbedaan tone-tone warna seperti di dalam kertas lukisan.

Di kota tua ini, terdapat kawasan yang telah di preservekan untuk generasi akan datang. Sehingga jalan raya jenis Cobble Stone masih terdapat di situ.

Mereka juga mendapat pengiktirafan dari Badan Dunia Unesco, sepertimana Melaka dan Pulau Pinang. Antara kelebihan pengiktirafan ini, mereka akan mendapat bantuan kewangan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan lama.

Jika ada yang berminat untuk melawat Swiss, saya sarankan datang semasa awal musim Luruh kerana suhu agak nyaman walaupun kadang-kadang mencecah 2c, tetapi secara purata ia adalah di antara 15c ke 22c.

Terdapat pameran di pinggir-pinggir jalan di kota-kota tua. Tetapi masa siang sudah mula menjadi singkat. Syuruk terbit jam 7.48 pagi dan 6.40pm

4 comments:

nordee said...

cantik tempat ni..bila la saya dapat ke sana

che mat said...

Datanglah, musim bunga dan luruh memang cantik!

Azman Bin Sulaiman said...

Kami sini dah nak mula musim hujan..bila hujan adala banjir kilat..bukan daun yang bersepah kat jalan, tapi bangkai binatang yang banyak..apa-apapun Salam Bahagia dari teman..roger/out!!

che mat said...

10Q.

Kita tidak dapat lari dari banjir kilat, kerana mentaliti orang-orang kita yang suka membuang sampah kedalam sungai.